JENIS-JENIS QALQALAH
1) QALQALAH SUGHRA
- Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.
- Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
- Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
- Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
3) QALQALAH AKBAR
- Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
- Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ
وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
No comments:
Post a Comment