Friday 11 November 2016

PENUTUP

Terima kasih kerana melayari blog pembelajaran JOM BELAJAR TAJWID bersama cikgu. Semoga blog ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dalam menguasai hukum tajwid.
Akhir kata, cikgu harap cikgu dapat menguasai :
  • Maksud hukum tajwid 
  • Jenis-jenis hukum tajwid
  • Cara bacaan hukum tajwid





SEKIAN TERIMA KASIH

JUMPA LAGI

HUKUM-HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN






1) IQLAB
  • Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
  • Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang lain.
  • Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.
  • Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
  • Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah.



قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ 

إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ


2) IDGHAM BILA GHUNNAH
  • Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam.
  • Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).


مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ 

وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

3) IDGHAM MA'AL GHUNNAH
  • Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.



كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَا‌ۗ 

ڪَافِرَةٌ۬ يَرَوۡنَهُم

4) IKHFA' HAQIQI
  • Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat) :
    • Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah.
    • Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun Sakinah.
    • Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah.
  • Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini :
  • Surah Maryam: 1
  • Surah al-Syura: 2
  • Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2). 
  • Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada dua keadaan:
  • Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf).
  • Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di atas).



وَٱللَّهُ عَزِيزٌ۬ ذُو ٱنتِقَامٍ

مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ

JENIS-JENIS QALQALAH







1) QALQALAH SUGHRA
  • Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.
  • Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.


وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ 

فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ 

2) QALQALAH KUBRA
  • Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
  • Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.


وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ

وَهُمۡ عَلَىٰ مَا يَفۡعَلُونَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ شُہُودٌ

3) QALQALAH AKBAR
  • Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
  • Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ

وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

HUKUM MAD







PEMBAHAGIAN MAD

MAD ASLI
  • Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.
  • Mad Asli terjadi apabila : 
    • Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. 
    • Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. 
    • Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.  

  • Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad. 


ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ

وَيَقُولُونَ


MAD FAR'IE 

Mad Far'ie dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya mengikut jenis Mad.
Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

  1. Mad Wajib Muttashil
  2. Mad Jaiz Munfashil
  3. Mad 'Aridh Lissukun
  4. Mad Badal
  5. Mad 'Iwadh
  6. Mad Laiin
  7. Mad Tamkin
  8. Mad Farqi
  9. Mad Shilah Qashirah
  10. Mad Shilah Thowilah
  11. Mad Harfi
  12. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
  13. Mad Lazim Harfi Mutsaqal
  14. Mad Lazim Kilmi Mukhafaff
  15. Mad Lazim Kilmi Mutsaqal

1) MAD 'ARIDH LIL SUKUN 
  • Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. 
  • Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.


ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ 
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  

2) MAD BADAL 
  • Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
  • Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. 
  • Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: 
  • Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. 
  • Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. 
  • Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. 
  • Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida'). 
  • Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

    وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ 

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ 


3) MAD 'IWAD 
  • Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. 
  • Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.


وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرۡقً۬ا 

فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبۡقً۬ا 


4) MAD JAIZ MUNFASHIL 
  • Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. 
  • Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
  • Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 
    • Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 
    • Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi : 
    • Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. 
    • Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara. 


وَلَآ أَوۡلَـٰدُهُم 

لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ 


5) MAD LIIN 
  • Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. 
  • Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. 
  • Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun 


مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِ‌ۚ


6) MAD SILAH QASIRAH 
  • Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. 
  • Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
  • Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.


وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ

فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ


7) MAD SILAH TOWILAH 
  • Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. 
  • Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
  • Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :


    وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ

    إِن تَأۡمَنۡهُ بِدِينَارٍ۬ لَّا يُؤَدِّهِۦۤ 

LAM TA'ARIF


1) ALIF LAM SYAMSIAH (IDGHAM SYAMSI)
  • Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.
  • Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:
    • Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
    • Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.
  • Sebab-sebab Idgham:
    • Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat. 
    • Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.





          2)ALIF LAM QAMARIAH (IZHAR QAMARI)
  • Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.

SET INDUKSI





Selamat datang dan terima kasih cikgu ucapkan kerana melayari laman web JOM BELAJAR TAJWID. Web ini merupakan suatu kaedah untuk mengembangkan ilmu agama kepada pelajar. Teknik membaca dan mengajar adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua pelajar yang mana ianya adalah suatu teknik mudah, cepat dan menyeronokkan.  

Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-

فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه

Maksudnya:
Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan,
 adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. 
Riwayat Baihaqi.
Dari makna hadis di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan perbuatan yang lain-lain.

Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.



HUKUM TAJWID

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu kitab suci al-Quran. Walaupun pada dasarnya hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, tetapi tidak mungkin akan tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali kita mempelajarinya terlebih dahulu. 

Oleh itu, di laman web ini kami menyediakan kaedah pembacaan atau hukum tajwid dengan menggunakan cara pembacaan yang betul, antara hukum ilmu tajwid tersebut ialah :

LATIH TUBI

Untuk menguji kefahaman anda, pelajar diminta untuk menjawab setiap solan yang telah disediakan. Silat tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di bawah. Guru akan menilai jawapan bagi setiap solan yang dijawab.




1.      Hukum Nun Mati itu terbahagi kepada  berapa bahagian?
A.  Ada 3 Bahagian
B.  Ada 4 Bahagian
C. Ada 5 Bahagian

2.      _________ ertinya menukarkan bunyi nun mati atau tanwin kepada bunyi mim serta dengung
A.  Iqlab                                                
B. Idgham Bilaghunnah
C. Izhar Halqi

3. Berikan Hukum Pada ayat ini :
    1. ناَ رًا خَلِدًا
    2. وَاَنْتُم
A. 1) Iqlab dan 2) Ikhfa
B. 1) Izhar dan 2) Ikhfa
C. 1)Izhar dan 2) Idgham Ma al Ghunnah

       4. Idgham Bilaghunnah Ertinya ____________________________________
A. Membunyikan nun mati atau tanwin diantara bunyi izhar dan idgham
B.  Membunyikan nun mati dan tanwin di antara bunyi izhar dan idgham serta   dengung tanpa sabdu
C. Memasukkan bunyi nun mati atau tanwin pada huruf yang berbaris hingga menjadi satu huruf yang bersabdu tanpa dengung

  5.  Idgham Itu terbahagi kepada berapa dan apa-apa dia?
A. Ada 2 iaitu 1) idgham ma'al ghunnah dan 2) idgham bilaghunnah
B. Ada satu iaitu izhar Halqi
C. Ada 2 iaitu Idgham bilaghummah dan 2) idgham hakiki